Sweet Terapi
Semasa saya tak tahu nak buat kerja apa selepas di berhentikan kerja ,
saya hanya pinjam duit isteri Rm10 dan ke Plaza Imbi dan Low Yat . Kalau anak isteri tanya saya ke mana dan buat apa ,
"Ayah ada kerja"
"Ada orang minta tolong di kedai"
Berbekalkan duit itulah , buat tambang pergi balik Rm4.80 dan baki beli roti dan air . Balik nanti Insya- Allah adalah kadang Rm50 atau Rm30 duit belanja .
Bertahun- tahun begitulah sampai saya rasa macam nak berhenti sahaja kerja- kerja begini .
Penatnya tak tahu nak cerita macam mana . Kadang bosan datang , saya tidur saja di surau .
Nak dapatkan kerja tetap , kebanyakan kedai masa tu dah ada pekerja , tapi ada seorang bos kedai yang baik . Dia kata boleh tolong- tolong . Dia bagi upah .
Satu hari saya datang tolong kemaskan laptop dan komputer baru sampai , bos tiba- tiba tarik pagar nak tutup kedai . Sedangkan baru buka .
"Bos , tutup ke?"
"Yelah , sudah satu minggu tak jalan . Laptopsatu pun tak dapat jual ni . Jomlah ikut saya" . Saya pun ikut saja .
Dia naik kereta . Saya duduk sebelah dia . Dia telefon isteri .
"Jom pergi makan . Bawa anak- anak sekali" .
Sepanjang perjalanan dia diam je . Saya pun ikut diam sekali . Pening mungkin tiada jualan . Nak hujung bulan . Mesti banyak hal nak diselesaikan .
Sampai rumah dia , anak- anak isteri naik . Kami pergi ke shopping mall . Dia belanja makan . Bawa isteri anak- anak belikan apa mereka suka . Saya perhati je . Dia sembang gelak- gelak dengan isteri dia . Macam tiada masalah , sedangkan kat kedai murung je .
Selesai semua , dia hantar saya ke stesen bas . Kami pun berpisah .
Esoknya dia telefon awal pagi .
"Abu , datang awal boleh ? Tolong saya"
"Kenapa bos ?"
"Ada orang order 50 komputer ni . Kena siapkan semua . Saya kasi lebih duit lah . Ok ?"
Ya .
Apa yang saya belajar dengan bos ni ? Sebab saya tanya dia . Pelik rasa . Bila tiada jualan , rasa down , mesti dia tutup kedai dan bawa anak isteri berjalan . Pesan dia yang saya ingat sampai sekarang ,
"Kalau kita down , takde sale, penat , tutup sebentar perniagaan . Baliklah rumah . Jumpa anak isteri . Hiburkan mereka .
Sebab kadang takde sale bukan sebab apa , mungkin kita terlalu sibuk sampai kita lupa , apa yang kita buat ni sebenarnya untuk apa .
Kita cari duit untuk keluarga kan ? Tapi duit itu tak pernah cukup untuk kita . Tapi bila cari rezeki untuk keluarga , dan kita yakin Allah SWT yang bagi , jadi kita takkan penat dan kita ada masa untuk berehat " .
Rupanya begitu .
Selepas bertenang , selepas menghiburkan ahli keluarganya , Allah SWT balas esoknya juga pada dia . Dan itulah yang saya ikut dan buat .
Kalau dah penat sangat , sibuk sangat , saya "pause" sebentar , dan pergi kepada keluarga saya . Kerana sesungguhnya ,
Di mana ada bahagia , disitu pasti ada keluarga .
Wahai Allah SWT , jadikanlah rumahtangga kami syurga sebelum syurga .
Jadikanlah rumahtangga kami masjid untuk kami mengingati- Mu .
Tempat sumber kekuatan dan hiburan , serta ketenangan .
Aminn .
Abu Hurairah Roslan