Formula 14 - Sifir Hutang
" Hutang boleh menjadi penyebab kepada rezeki tersekat daripada sampai kepada kita" .
Suatu ketika dulu , saya tidak pernah berhutang dengan sesiapa hatta satu sen sekalipun . 10 tahun lalu sebelum saya memasuki Universiti , saya menjaga ibadah, silaturrahim , hati ibu bapa dan aurat . Saya sangat menjaga tingkah laku sehingga setiap orang yang datang kepada saya , mereka pasti suka dan tertarik dengan saya Itulah yang dikatakan rezeki .
Pada waktu itu , rezeki memang melimpah- limpah . Ada sahaja sumber yang tidak disangka- sangka datang , saya sifar hutang . Mudah sungguh perjalanannya . Hidup saya penuh gelak dan ketawa . Ibu saya pernah berkata kepada seseorang yang saya lupa wajah dan diri empunya badan bahawa saya ini anak yang sangat murah rezeki , mendapat biasiswa itu ini , belajar kelas terpandai dan sebagainya .
Setelah masuk Universiti tahun pertama , saya diberikan biasiswa JPA yang berjumlah Rm5,000 untuk satu semester . Banyak dan kaya bukan ? Alhamdulillah syukur . Sangat mewah hidup saya di UKM . Tidak perlu risau hal kewangan dan sebagainya . Saya juga dapat elaun tambahan Rm1,800 bagi satu semester daripada UKM pula . Jadi jumlah yang saya peroleh ialah Rm6,800 . Wah ! Sangat kaya buat diri saya yang bergelar pelajar Universiti pada usia 20 tahun . Saya dilahirkan dalam kalangan keluarga miskin , tidak pernah pegang duit sebanyak itu . Gembira bukan kepalang . Walaupun orang lain lebih banyak duit daripada saya , saya rasa diri sudah kaya benar . Tolak yuran , duit buku dan lain- lain , bakinya saya simpan ke akaun tetap dan belanja saraan sepanjang bergelar mahasiswi .
Sepanjang dua tahun setengah menuntut ijazah , memang tiada masalah hutang dan duit . Tambah pula pada suatu hari , saya terima SMS daripada pihak bank yang menyatakan duit saguhati telah dimasukkan ke akaun saya sebanyak Rm2,000++ . Saya tidak tahu itu duit apa namun ia daripada pihak JPA .
Walhal saya telah terima belanja Rm5,000 setiap semester . Dapat tambahan Rm2,000 itu , saya terkedu dan sangat bersyukur . Setiap malam selepas solat Isyak , saya kerjakan solat sunat hajat . Saya buat secara istiqamah . Sangat senang hidup saya kerana saya tidak pernah berhutang dan menjaga ibadah diri dengan baik . Alhamdulillah .
Pada semester akhir , hidup mula diselubungi kegelapan , kemurungan , masalah mula bertandang kerana saya lalai dan terjebak dalam beberapa perkara yang dilarang . Rezeki akan lari apabila kita mula mendekati maksiat . Itulah yang terjadi kepada saya . Maksiat hati , tangan , mata , telinga dan mulut .
Hidup saya mula tidak keruan , sentiasa resah gelisah . Tahun terakhir itu , bayangkan simpanan saya hilang Rm5,000 sekelip mata dari akaun bank saya . Saya miliki simpanan Rm13,000 ketika itu . Saya bingung dan pergi ke bank untuk tuntut semula duit yang hilang namun tidak berjaya . Saya gagal . Jadi bakinya makin tinggal sedikit iaitu Rm8,000 .
Duit simpanan mulai kurang . Saya diduga lagi dengan keperluan adik dan diri untuk biayaan duit lesen memandu berjumlah Rm2,500 untuk dua orang .
"Jika tiada lesen dan tidak buat pada ketika saya ada duit ini , bila lagi mahu buat? Nanti bila mahu bekerja , tiada lesen , masalah pengangkutan pula" , fikir saya .
Tanpa berkira , saya keluarkan simpanan . Duit yang hilang , saya redha ia pergi kerana itu bukan rezeki saya . Baki yang ada hanyalah Rm4,000 lebih untuk masa hadapan saya . Masalah ini saya tanggung seorang diri . Kegelisahan saban malam saya pendam sendiri . Mereka hanya tahu saya gembira . Saya tak menangis namun saya susah hati sampai kurus . Badan mula nampak kerangka , tulang rusuk timbul . Bukan itu sahaja , saya turut bergelut dengan tesis dan penyelia . Makin berat tekanannya .
Setelah tamat pengajian , saya berhasrat menyambung pengajian ke peringkat Master . Ketika saya dilanda masalah kewangan , saya mula belajar berniaga , buat dropship (jual barang orang tanpa pegang stok) . Saya jual apa sahaja di FB . Duit untung hasil jualan yang sikit itu saya buat tampung belanja study .
Sejak itu , saya terpaksa minta duit yuran daripada abang- abang dan kakak- kakak yang bekerja . Mereka sangat mudah membantu walaupun susah . Alhamdulillah , terima kasih adik- beradikku . Jasamu akan ku balas Insya Allah bila tiba masanya .
Peringkat Master sangat perit , laptop rosak , terpaksa keluarkan simpanan beli laptop baru . Masa ini , saya tidak lagi semewah degree , hanya dapat tajaan KPT untuk yuran pengajian dan PTPTN sebagai duit sara hidup . Saya berniaga sungguh- sungguh . Setiap hari ada saja rezeki masuk namun rezeki cepat pergi . Cepat masuk , cepat keluar . Saya tidak tahu puncanya .
Saya mula belajar berhutang dengan rakan baik . Saya pinjam Rm200 untuk bayar kaji selidik lapangan . Saya tiada duit , malah semakin sempit , sempit dan terus sempit . Setelah tamat pengajian dengan payahnya , diri masih alami ujian , dugaan , azabnya tidak terungkap dengan kata- kata , masalah kewangan dan kesihatan yang cukup teruk .
Saya masih lagi mempunyai duit simpanan dalam Rm3,000 lebih . Saya beli motor supaya senang ulang- alik kerja . Duit simpanan sudah habis . Hutang rakan yang dipinjam sebanyak Rm200 masih belum dibayar . Saya tangguhkan dan sering saja tangguh kerana ada keperluan lain yang mendesak .
Akibat tangguh hutang walau cuma Rm200 , saya dibelenggu resah gelisah , tidur malam tidak pernah lena . Sudah gelap gelita dunia . Beberapa bulan setelah tamat pengajian , saya bekerja sebagai guru Matematik dan Sains di sebuah sekolah . Dengan gaji itu , dapatlah saya bayar hutang tersebut . Alhamdulillah selesai , lega teramat sangat .
Walaupun begitu , saya masih hadapi kesempitan wang , mahu bayar rumah sewa , motor , barang- barang lain dan mahu beri duit kepada ibu ayah di kampung . Gaji terasa tidak cukup . Disebabkan simpati , rakan serumah pinjamkan saya RmX,XXX . Saya terpaksa berhutang lagi . Terpaksa !
Saya memang tidak sukakan hutang . Namun rakan serumah sangat baik . Walaupun dia kata tidak mengapa hutangnya dibayar lambat sedikit , saya pasti dia sedang susah kerana mahu pergi Luar Negara buat kaji selidik . Dia perlukan duit . Saya tidak keruan . Saya tidak pernah nyatakan kepadanya bila saya mahu bayar . Saya belum dapat bayar hatta satu sen ketika saya kerja selama berbulan- bulan .
Mengapa ? Ada- ada sahaja masalah menimpa yang memerlukan duit . Saya tertanya- tanya kenapa jadi begini , silapnya di mana ? Solat jaga seperti biasa dan sebagainya namun ia tidak lagi setenang dan sekhusyuk dulu .
Sehinggalah saya terbaca satu post :
" The problem is not a problem . Your attitude about the problem is the problem" . (Captain Jack Sparrow)
Hutang boleh jadi sebab kepada rezeki tersekat sampai kepada kita kerana ada hak orang lain dalam duit kita yang masih belum kita langsaikan . Allah SWT beri lebih untuk kita langsaikan belenggu hutang kita . Jangan kerana mulut manis kita , hidup orang lain susah .
Ada duit lebih , bayar hutang terus . Elakkan simpan konon nak buat modal niaga , bayar guna duit hasil untung dan sebagainya . Elakkan buat pelaburan yang lain sebab nak guna duit untung dividen sahaja buat bayar hutang .
" Ada orang hutang Rm3,000 pun sudah gelap dunia , ada orang hutang Rm3 juta relaks sahaja" . Lagi sekali , " The problem is not a problem, your attitude about the problem , is the problem" . Hutang apa yang kita ada sekalipun lihat dengan mata sendiri . Sama ada hutang itu kecil atau nampak besar , it is your call .
Kenapa ketika kita minta hak orang lain (hutang) , kita bermanis muka dan janji pelbagai ragam? Dan saat lunaskan hak- hak orang yang kita pinjam sementara , kita pula rasa berat ? Mati syahid pun tak lepas kalau ada hutang .
"Mengapa orang dahulu kala ada rumah sebiji sahaja ? Kerana mereka tidak mahu berhutang dibawa mati . Kerana mereka tidak mahu terlibat dengan Riba . Jadi lunaskan hak orang . Allah SWT akan kembalikan hak kita " . (Faiz Sufi , 2014)
Terkesan dengan kata- kata ini , baru saya tahu punca sebenar hidup saya porak- peranda . Kerana saya tiada masalah yang lebih berat berbanding hutang ini . Kerana setiap hari , ia pasti mendatangi saya . Namun saya masih lagi menangguh- nangguhkan pembayarannya . Maka , saya terus langsaikan hutang sedikit demi sedikit yang mana mampu .
Ikut cara Ustaz Yusuf Mansur di bawah:
(1) Cari orang lebih susah dari kita dan bayarkan hutang orang yang lebih susah dari kita itu .
(2) Usahakan sedekah 10% dari hutang kita . Contohnya hutang kita Rm3,000 , sedekahkan sekurang- kurangnya Rm300 .
(3) Jaga solat selalu agar tepat pada waktu dan ditambah ibadah sunnah seperti puasa , solat tahajjud , solat Dhuha dan sunnah sunnah yang lain .
Logik Sedekah 10% Dari Hutang Ialah :-
Tentu kita tahu dan faham konsep Matematik Allah SWT yang mengatakan bahawa 10 - 1 = 19 bukan ? (ada dalam buku Mudahnya Menjemput Rezeki , muka surat 112) . Sebab Matematik ini berlandaskan pada konsep pembalasan yang Allah SWT beri secara istimewa .
Allah SWT telah berjanji untuk balas sedekah kita 10 kali ganda . Apa- apa pun itu di mana intinya adalah sedekah , maka ia pasti dibalas . Ingat , 10 kali ganda .
"Ustaz Yusuf Mansur pernah masuk penjara kerana perniagaannya muflis (tidak pasti , namun yang pastinya memang pernah masuk penjara) dan beliau mendapat Hidayah- Nya semasa berada di dalam penjara . Alhamdulillah .
Pada mulanya Ustaz Yusuf Mansur cari anak yatim untuk dibayarkan yuran sekolahnya . Beliau tetap berusaha untuk sedekah 10% dari hutang- hutangnya walaupun masa itu tiada wang .
Beliau berusaha dengan menulis buku , mengajar, menjual peti sampai bisnes MLM pun dibuat . Dan sedekah terdahsyatnya adalah dari penerbitan buku .
Sungguh Allah SWT Maha Penolong , Ustaz Yusuf Mansur dari banyak hutang menjadi banyak wang ! Perniagaannya ada di mana- mana . Subhanallah !
Sepintas lalu baca dan lihat , nampak macam mudah kan ? Namun bagi orang yang tidak yakin dengan ilmu sedekah , ini akan terasa amat berat . Yalah , ada hutang Rm30,000 . Yang kena disedekahkan Rm3,000 dengan situasi duit yang belum ada .
Jika begini , Ustaz Yusuf Mansur selalunya sarankan jual sahaja apa yang ada dulu . Motor , peti ais , telefon , dan lain- lain lagi untuk usahakan dapat 10% sedekah itu .
Ada juga yang rasa khuatir , "Betul ke ni ? Jangan- jangan sedekah saya nanti Allah SWT tak balas . Jangan- jangan sedekah saya tak 'berpengaruh' macam orang lain dengan hutang- hutang saya ni dan juga rasa khuatir lainlah yang bermacam- macam" .
Aduhai , Allah SWT itu kan Maha Membalas ! Yakinlah .
Ada juga orang yang bersedekah di balas terus , ada yang dalam tiga hari terus dibalas Allah SWT , namun ada juga yang satu minggu , satu bulan , bahkan setahun tidak juga merasakan balasan dari sedekahnya .
Kata Ustaz Yusuf Mansur , "Ya , balasan sedekah tidak selalu berbentuk wang . Kerana sedekah bisa menyelamatkan kita dari bala bencana , memanjangkan umur dan menyembuhkan penyakit . Seharusnya memang kita tidak usah khuatir akan janji- janji Allah SWT " .
Kerana Allah SWT berfirman dalam Surah Al- Baqarah , ayat 261:
"Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang- orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah SWT adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir , pada tiap- tiap butir seratus biji . Allah SWT melipat- gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki . Dan Allah SWT Maha Luas (kurnia- Nya) lagi Maha Mengetahui" .
Andai nak sedekah untuk dilangsaikan hutang , niatlah supaya Allah SWT bantu untuk langsaikan hutang yang ada itu dengan bersungguh- sungguh dan tawakal . Kalau bahas ilmu sedekah memang takkan habis . Boleh baca buku- buku atau tonton video Ustaz Yusuf Mansur untuk penerangan lanjut .
Sedekah 10% ni bukan saja untuk langsaikan hutang . Sedekah juga boleh digunakan untuk dapatkan sesuatu seperti kereta , telefon dan lain- lain .
"Mohon sahaja kepada Allah SWT . Insya Allah" . (Nadiah Azman)
Konsep Ustaz Mansur tu macam ni , ada orang tak berapa faham , itu cuma kiraan matematik Ustaz Mansur berdasarkan konsep sedekah yang mana sedekah sekali Allah SWT balas 10 kali ganda . Sebab tu , kalau nak selesaikan hutang buat 10% daripada jumlah hutang . Insya Allah hutang tu habis ikut konsep sedekah 1= 10 kali ganda . Gitu .
Contoh hutang ada Rm3,000 . Kalau nak habiskan hutang , kenalah keluarkan Rm300 sekali sedekah untuk langsaikan hutang tu ikut balasan sedekah 10 kali ganda dari jumlah sedekah . Rm300 x 10 = Rm3,000 . Tapi , Allah SWT ni Maha Baik . Tak semestinya sedekah kita tu betul- betul dia balas 10 kali ganda . Ada lebih . Ada dalam bentuk yang lain . Buatnya asbab kita sedekah tu , pemberi hutang tu nak halalkan hutang dia pada kita pun mana kita tahu kan ? Macam- macam cara Allah SWT balas . Itu cuma kiraan saja .
Setelah faham perkara di atas , tanpa berlengah lagi saya jual semua apa yang saya ada . Handphone, rantai emas untuk langsaikan hutang . Inilah amalan apa yang telah saya lakukan dan ikut . Alhamdulillah , bebas hutang .
Kemudian , saya laksanakan pula formula- formula rezeki melimpah ruah pada muka surat seterusnya . Dengan izin Allah SWT , ia mengubah hidup saya 360 darjah , fikiran , hati , emosi , pergaulan , imej dan tingkah laku dari sudut positif . Alhamdulillah , sekarang rezeki pula mengejar saya . Saya tidak mahu lagi dikelilingi hutang . Cukuplah hidup sifar hutang dari dibelenggu hutang . Kerana hutang amat berat nisabnya di akhirat kelak .
HM
8:59am
June 20 , 2022