Allah SWT Sebagai Rakan Kongsi
Seorang jutawan Mesir dan bernama Solah Atiyyah .
Pada permulaan ceritanya , ia terjadi di suatu daerah terpencil yang bernama Tafahna Asyraf , pekannya adalah di Mit Ghamr iaitu salah satu daerah yang bernaung di bawah negeri Daqahliah di Mesir .
Kisahnya sangat- sangat menarik .
Ia bermula apabila ada 9 orang sahabat yang telah pun tamat pengajian mereka di satu Universiti pertanian dan ternakan di Mesir .
Mereka ini mengalami masalah kewangan yang mencengkam hidup mereka .
Sehinggalah mereka berazam untuk cuba mulakan hidup mereka dengan membuat suatu pekerjaan .
Maka mereka memilih untuk menternak ayam yang sesuai dengan kemahiran yang mereka ada . Tetapi , mereka mencari orang yang ke- sepuluh untuk dijadikan rakan kongsi yang boleh mereka kongsikan .
Tunggu punya tunggu orang ke- sepuluh masih belum ada .
Mereka bersembilan ini mula mengumpulkan modal setiap seorang sebanyak 200 pound Egypt . Ada yang menjual gelang emas rantai isteri . 200 pound (Rm50) atau junaih Mesir ini teramat- amat sedikit sebenarnya .
Tetapi bagi mereka amat besar untuk pertama kalinya mereka memulakan perniagaan . Tiba- tiba datang salah seorang dari sahabat yang 9 orang ini yang bernama Ir. Solah Atiyyah .
Solah Atiyyah ini berasal dari keluarga Faqir Miskin yang hidup dalam keadaan kais pagi makan pagi kais petang makan petang .
Diceritakan semasa kecilnya dia tidak pernah memakai baju baru .
Bapanya hanya mampu membelikan baju "bundle" untuk keluarganya .
Beliau berkata , aku sudah temukan orang yang ke- sepuluh yang bakal join syarikat kita .Maka sahabat- sahabatnya bertanya , siapa dia?
Maka Solah Atiyyah pun berkata :
"Dia adalah Allah SWT...!!"
Allah SWT akan jadi yang ke- sepuluh yang akan campuri urusan perniagaan kita".
"Jika ada keuntungan , 10% kita beri pada Allah SWT dan kita sepakat untuk biarkan Allah SWT uruskan syarikat kita ".
" Menjaga , melindungi , dan berikan keamanan daripada dugaan dan keuntungan " .
Maka semua bersetuju dengan janji ini dan surat perjanjian pun ditanda- tangani .
Dengan menjadikan Allah SWT sebagai "Share Holder" ke- sepuluh dalam syarikat ini dan 10% dari keuntungan ini adalah hak milik Allah SWT .
Sebagai ganti , Allah SWT menjaga segala apa- apa yang berkaitan dengan keamanan , keuntungan syarikat , maka selesai ditanda- tangani di bulan itu .
Maka bermulalah misi perniagaan mereka .
Mereka mulakan dengan ladang ternakan ayam secara kecil- kecilan .
Pusingan modal yang pertama itu menghasilkan keuntungan yang sangat besar dengan izin Allah SWT .
Masuk pusingan modal yang kedua , semua bersepakat untuk menaikkan peruntukkan hasil keuntungan sebanyak 20% untuk Allah SWT .
Sehinggalah semakin hari semakin bertambah keuntungan .
Suatu hari mereka menaikkan peruntukkan untuk Allah SWT sebanyak 50% dari hasil keuntungan .
Di sini ada persoalan , bagaimana caranya mereka menggunakan keuntungan yang di beri kepada yang ke- sepuluh itu , iaitu Allah SWT ?
Dengan cara ,
Mereka membina sekolah agama untuk peringkat tadika iaitu taska untuk kanak- kanak lelaki .
Kemudian mereka membina sekolah agama tadika untuk kanak- kanak perempuan .
Kemudian mereka membina maahad Al- Azhar untuk peringkat rendah bagi lelaki .
Kemudian mereka membina sekolah maahad Al- Azhar rendah bagi perempuan .
Kemudian mereka membina maahad Al- Azhar peringat menengah untuk lelaki dan juga perempuan .
Kemudian , disebabkan keuntungan yang berlipat kali ganda.
Mereka pun mula membangunkan Baitul Mal untuk membantu orang- orang susah .
Kemudian mereka mula memikirkan untuk membina sebuah cawangan Universiti Al- Azhar di dalam kampung itu .
Pada mulanya mereka mula membuka peluang kerja bagi yang memerlukan .
Tetapi ramai yang menolak kerana kampung itu tidak ada pengangkutan yang mudah dan tiada stesen keretapi untuk menghubungkan mana- mana tempat dengan mudah serta kebiasaannya kuliah Universiti mestilah di bandar besar bukan di kampung .
Disebabkan tiada orang yang mahu bekerja di Universiti yang dibangunkan ,
Mereka pun berfikir untuk membina sebuah station keretapi yang memudahkan orang untuk datang ke kampung itu .
Dan mereka pun membuka peluang kerja ini kepada sesiapa yang mahu .
Dan untuk pertama kalinya , dalam sejarah Mesir terbinanya sebuah cawangan Universiti Al- Azhar di dalam satu kampung yang kecil .
Dan Universiti daripada satu bertambah besar jadi dua , tiga dan empat .
Kemudian , mereka membina asrama untuk pelajar yang memuatkan seramai 600 orang pelajar dan mereka membina asrama pelajar yang memuatkan seramai 1,000 orang pelajar .
Mereka berjaya pula membuat stesen keretapi . Sehinggakan para pelajar boleh mendapatkan tiket percuma untuk mereka pulang ke kampung .
Mereka berjaya membina Baitulmal sehingga tiada seorang pun yang fakir di kampung itu .
Kemudian mereka cuba untuk buat perkara yang sama di kampung- kampung berhampiran .
Sepanjang kerja ini berjalan , sekali pun Syeikh Ir Solah Atiyyah tidak menziarahi kampung ini melainkan ia hanya ziarah di Baitulmal yang di cipta oleh mereka .
Syeikh Solah bekerja di situ .
Maka mereka dapat membantu orang fakir , janda- janda dan orang- orang yang tiada pekerjaan , di beri peluang kerja .
Kemudian .
Mereka dapat mengagih- agihkan makanan berupakan sayur- sayuran , bijirin- bijirin hasil dari keuntungan .
Di beri kepada masyarakat yang memerlukan atau yang tidak memerlukan .
Pada bulan Ramadhan , mereka membuat iftar majlis berbuka puasa secara beramai- ramai di bawah khemah besar yang diberi kepada sesiapa sahaja yang datang .
Kemudian mereka berjaya mengahwinkan perempuan- perempuan anak- anak yatim .
Dan ini adalah sedikit sebanyak kebaikan yang dilakukan oleh mereka bersembilan antaranya adalah Syeikh Solah Atiyyah .
Penghujungnya semua bersepakat yang syarikat mereka adalah milik Allah SWT .
Yang mana Ir Solah Atiyyah ini telah menukar daripada asalnya Allah SWT adalah rakan kongsi yang ke- sepuluh .
Akhirnya , beliau telah meletakkan jawatan sebagai salah seorang pemegang saham , dan bekerja sebagai pekerja biasa yang mendapat gaji bulanan seperti pekerja yang lain .
Saham yang beliau miliki selama ini telah diserahkan 100% pada Allah SWT .
Akhirnya mereka menyerahkan sepenuhnya jiwa mereka untuk berkhidmat pada Allah SWT membantu ummat tetapi mereka meletakkan syarat pada Allah SWT , supaya Allah SWT tidak memberikan mereka kefakiran .
Kisah- kisah ini tidak diceritakan dalam media- media tempatan .
Beliau meninggal dunia pada hari Isnin 12hb January 2016 ketika berumur 70 tahun .
Beliau dan rakan- rakannya telah menginfaqkan puluhan juta pound Mesir untuk masyarakat setempat .
Dan inilah gambar jenazah Ir Solah Atiyyah yang telah pun kembali ke rahmatullah .
Bilangan jemaah yang hadir untuk solat jenazah beliau hampir setengah juta manusia .
KERJA KUAT SAHABATKU DEMI AGAMAMU DAN AKHIRATMU .
HM
10:29am
June18 , 2022