Hati , Niat Kena Betul
Lebih kurang jam 12:30 tengahari aku singgah di Car Wash area Kuantan . Berhentikan kereta , matikan enjin dan serahkan kunci kereta kepada budak cuci kereta . Nepal ke , Myanmar ke aku tak pasti . Terlihat kereta parking sebelah kereta aku Chevrolet Camaro (Transformers) yang dalam kiraan harga bagi aku yang peminat supercar ni dalam harga Rm400k pada permulaannya .
Aku melangkah masuk ke bilik menunggu kaca . Pada perkiraan aku lebih baik duduk menunggu di dalam aircond , memandangkan cuaca agak panasa . Aku duduk dan memandang ke belakang dan menegur brother yang kebetulan sedang membaca . Aku agak buku- buku bermotivasi tinggi di tangannya .
Aku pun bertanya , "kereta bos ke tu ? Smart giler !"
Dia hanya mengangguk sambil tersenyum ...
"Dari mana bos ?"
Dari Tun Hussein Onn katanya . "Bisnes ke ?"
Consultant jawabnya .
"Oooh ..."
"Consultant untuk pinjaman perniagaan dan penasihat kepada bank- bank di Malaysia" .
"Waww !!!"
Mesti best jawab hati aku .
"Saya dah 30 tahun dalam bidang ni ", katanya .
Aku tanya dia , "Macam mana yer jika saya mahu mengembangkan perniagaan yang ada kepada lebih besar dengan modal yang tak seberapa ada ?"
Dia tersenyum dan katanya ,
"Saya nasihatkan guna apa yang kita ada tanpa membuat sebarang pinjaman bank . Apa yang ada , besarkan modal . Saya bermula dari kecil . Mula ada Rm10k , kemudian Rm20k , Rm60k , Rm80k , kemudian kepada Rm100k , Rm200k , Rm400k dan 800k . Cuba guna sumber yang ada untuk kegunaan perniagaan . Paling seronok jika dapat Rm1 juta yang pertama . Selepas itu untuk mendapat Rm1 juta yang kedua terlalu mudah dan pantas" , katanya .
Aku terdiam .
"Ramai orang susah datang berjumpa saya , mereka bertanya apa rahsia saya? Saya akan berkata ,
"Allah SWT jadikan dunia ini untuk kita , kita dikurniakan akal , gunakan sebaik mungkin . Jujur dan jangan menipu . Ramai yang tak yakin janji Allah SWT sedangkan Dia suruh berdoa , mintalah apa sahaja dan "pasti" akan ditunaikan .
"Yang paling utama , kita kena bersihkan seluruhnya . Solat 5 waktu , Dhuha jangan tinggal , bangun tahajjud malam . Minta sungguh- sungguh . Pekerja saya , bila azan bergema , saya arahkan tinggalkan kerja "sekarang" . Tiada nilai 1 sen pun jika buat kerja waktu tu ! Allah SWT panggil kita menghadap Dia . Tapi kadang kala kita cakap ,
"Tunggu jap aku nak siapkan lagi satu lagi !"
Allah SWT itu pencipta alam semesta . Kita boleh cakap pula pada Dia macam tu ?"
Damn !!!
Tersentap aku ...
Katanya lagi ,
"Ramai yang datang minta kerja . Soalan pertama saya tanya , "Awak solat tak 5 waktu ?"
Jika ada Master , Degree , Diploma atau bapak gajah sijil pun , jika tak solat saya tak akan terima . Ada yang datang nak suruh support buat pinjaman Rm100k , Rm1 juta , Rm50 juta atau Rm500 juta saya boleh tolong . Bagi kertas kerja pada saya , saya selidik dan sain serta recommend pada bank dan bank akan luluskan . Tetapi soalan pertama saya tanya dulu ,
"Awak solat tak 5 waktu ? Jika tidak , awak balik saja" , katanya .
Ada yang berkata , "Abang tu bawa 'Transformers' pergi masjid" . Jika saya , bawa Kancil je.
Katanya , "Kereta tu milik Allah SWT . Dia bagi pinjam je tu . Apa salahnya saya bawa dia pergi menghadap Allah SWT ? Hati niat kena betul , jangan niat nak menunjuk- nunjuk . Niatkan nak cepat menghadap Allah SWT , nak memotivasikan orang lain supaya lebih rajin berusaha . Kereta itu saya beli hampir Rm700k import . Di atas jalan raya Malaysia cuma ada 2 biji je orang pakai . Saya bukan tak mahu Ferrari atau Lamborghini . Sebab ekzos dia bising . Kereta Chevrolet Mustang ni lagi laju dari Ferrari atau Lamborghini . Kereta ini 6.2cc . Ferrari dan Lamborghini baru 4.8cc . 10% dari pendapatan saya tetap untuk anak yatim , fakir miskin . Niat apa yang kita ada untuk manfaat pada orang lain . Kereta itu cuma besi yang diisi enjin , dituang minyak . Start dan berjalanlah dia . Jika kita ukur panjangnya pun dah tak muat masuk kubur" .
Satu lagi pesan saya , "Berkawan" , kita yang perlu pilih . Pilih orang yang boleh membawa kita kepada kebaikan di dunia dan yang paling utama , Akhirat .
Dunia ini pinjaman . Carilah pinjaman yang terbaik di sini . Untuk kekayaan sebenar di sana .
Wahhh !! Hebat giler bila berjumpa somebody .
Insya Allah , kata- katanya dan pengalaman beliau sangat- sangat membantu .
Sampaikan ....
Selalu kita akan tanya apa rahsia untuk kaya ... Tapi kita lupa untuk jaga hubungan dengan yang Maha Kaya ..
Peringatan untuk diri sendiri dan kawan- kawan yang bakal kaya .
(Perkongsian Manfaat)