Dari CEO Menjadi Penjaja
Saya pernah berhenti kerja . Masa tu jawatan terakhir saya adalah CEO sebuah syarikat GLC . Diberi kereta , ada pemandu , ada PA , semua ada . Gaji 5 angka . Lepas saya berhenti kerja saya menjaja di kaki lima . Jual kuih raya . Jumpa kawan- kawan yang pernah berurusan dengan kita kat pejabat . Berkerut dahi mereka . Orang mengata jangan cerita .
.
.
Cerita Menjaja .
.
"Kesian ko nak , dah le gemuk berjual tengah panas macam ni , tak ada kerja lain ke nak ?"
Saya senyum dan menjawab , "cari makan anak- anak cik... beli lah kuih satuni"
Mak cik tu pun beli dengan gembira .
Bila jadi peniaga tepi jalan memang banyak dugaannya , tapi saya pesan dengan kekawan yang nak turut serta tadi . Saya ingat pesan arwah abah "berniaga ni rugi dah tentu , untung belum tahu" . Kalau tak dapat duit kita dapat pahala sedekah kat orang .
Dari pagi jam 7 siap- siap sampailah jam 12 malam baru kami kemas barang balik , melengas satu badan .
Beberapa nasihat untuk mereka yang nak berniaga kaki lima .
.
Kisah Seorang Penjaja
.
.
Sebelah saya menjual kuih dan karpet ada seorang pemuda menjual kerepek . Dari awal saya datang ke tapak , macam saya kenal pemuda ni , rupanya rakan sekampung saya Ikbal namanya . Lebih senanglah saya membuka tapak dan menjual barang saya di situ kerana ada orang yang saya kenal .
Saya tanyakan Ikbal , Ikbal sudah 2 tahun berniaga kerepek sejak diberhentikan kerja dari sebuah kilang perabot di Pontian . Asal ceritanya kerana dia selalu melawan cakap pengurusan kerana tuntutannya nak adakan surau di kilang itu ditolak sejak lama . Dengan sebab itu banyaklah pihak pengurusan cari hal dengan dia .
Apa nak takut , rezeki Allah SWT yang tentukan , kita hanya berusaha je . Ikbal mulanya hanyalah berniaga kecil- kecilan menjual kerepek di bazar karat di Johor Bahru kerana sudah 2 bulan tidak dapat kerja lain . Akhirnya sekarang dia meneruskan kerjayanya sebagai penjual kerepek .
Dia Cerita Kat Saya
"Ikbal macam mana ko jual , berapa ko untung?"
Ikbal menjawab , "Sehari kalau bukan hujung minggu dan bukan bulan puasa sehari aku boleh dapat Rm500- Rm600 sehari . Untung kerepek ni tinggi . Kalau kita ambil jual Rm8 , harga ambil dengan pembekal dalam Rm3.80 macam tu . Lebih kurang 100% untuk semua kerepek " .
"Jadi dalam sebulan ko boleh dapat untung Rm5,000 sebulan le kalau ko kerja 25 hari".
Ikbal senyum , "Ko memang pandai matematik , cepat je kira . Tapi sebenarnya lebih . Aku ada hantar kantin kilang bungkus kecil- kecil jual Rm2 satu dan seminggu sekali aku ambil duitnya. Adalah dalam 10 kilang dan kantin sekolah" .
Ikbal sambung lagi , "Aku tak sangka , bila aku diberhentikan kerja dulu , hidup aku macam gelap gelita , sampai satu masa hidup aku terlalu terdesak hingga aku kuatkan semangat berniaga kerepek . Mulanya malu tu ada , tapi bila dapat duit senyum memanjang . Dulu aku kerja lebih 12 tahun gaji aku Rm2,000 je kat kilang . Alhamdulillah aku jual kerepek pun aku dapat Rm7- 8 ribu sebulan untuk besarkan anak di ibu kota ni , kos tinggi" .
Saya senyum .
Cerita ini selalu saya ceritakan pada mereka yang pergi seminar saya . Belajar menjual dulu untuk asas berniaga . Jual barang apa orang nak beli dan jual di tempat orang berkumpul- kumpul . Keluar dari kedai kita untuk menjual .
Dulu saya ceritakan , saya pernah bertanya adik yang jual kerepek dan kacang Rm2 yang selalu pusing dari meja ke meja bila kita makan kat restoran selalunya .
Saya tanyakan dia , berapa bungkus satu malam dia dapat jual ?
Dia sebut kalau tak habis tak boleh balik . Sehari 100 sekurangnya dan dia bekerja 20 hari sebulan untuk cari duit keluarga mereka . Satu bungkus saya anggarkan dia untung Rm1 je . Kalau seratus sehari bermakna dia boleh dapat Rm2,000 sebulan dengan bekerja malam kurang dari 3 jam . Rm2,000 lebih gaji kerani bank . Kekadang sekarang kerani bank banyak memilih degree sebab diluar tak banyak kerja .
Itu sebabnya ada seorang peserta seminar saya di Muar berhenti kerja , dan menjual pasar malam menjual mee goreng lepas balik dari seminar saya . Alhamdulillah Ayu dah ada restoran sekarang di Kuantan .
.
.
Semangat Berniaga
.
.
Ramai orang yang semangat berniaga tetapi mereka tak belajar seni berniaga . Lebih ramai orang yang terburu- buru membuka kedai dan pejabat sebelum mempunyai pengalaman menjual . Terlalu ramai yang ubah suai kedai makan dan habis beratus ribu dan bila dibuka , semua termenung depan kedai sebab tak ada orang yang datang ke kedai mereka . Sebenarnya kerja seorang usahawan adalah menjual , aktiviti menjual termasuk aktiviti marketing adalah 70% meliputi kerja seorang usahawan .
Saya nasihatkan anak muda , jika tidak bekerja lagi janganlah bersedih . Wujudkan kerja sendiri untuk diri kita dan tentukan berapa gaji yang patut kita terima . Anak muda perlu lambatkan kegembiraan untuk kejayaan yang lebih besar .
Cerita di atas adalah hanya salah satu koleksi cerita mereka yang berjaya , setelah kumpul duit dan modal sendiri , slow- slow naikkan bisnes .
Tak kiralah kita nak berniaga apa sekalipun , berapa baiklah produk kita tu tidak berguna jika tidak boleh dijual . Fikir dan fikir bagaimana kita nak menjual laku . Kita perlu yakin , keyakinan datang dari apa yang kita lihat dan apa yang kita lakukan disertakan dengan ilmu .
Malam jam 11 sebelum balik masa tu , saya bertanya semula pada Ikbal . Ramai beli kerepek ko hari ni , berapa dapat ?
Dia senyum , "Bolehlah Rm2,000 hari ni" . Insya- Allah esok lagi ramai . Bulan Ramadhan ni rezekinya lain macam . Kerja sebulan makan setahun . Kalau dia dapat Rm2,000 sehari ada 10 hari lagi masa untuk menjual . Berapa sebulan puasa ni dia dapat ? Anda boleh kira sendiri kot . Jika anda belum bertindak untuk bermula , mulakan hari ini bukan esok .
Selamat berniaga .
Coach Bahar

- Buat je , "orang yang tahu dengan orang yang tak tahu bezanya sikit je . Yang paling penting buat je " .
- Jangan terlalu berharap besar , nanti kecewa besar .
- Jangan takut , rezeki masing- masing .
- Keyakinan diri dan kesabaran menguji ketabahan .
- Jangan harapkan simpati orang lain , apa yang nak dimalukan kita berusaha menjual .
- Peniaga kaki lima , mengajar anda menjadi peniaga sejati . Jatuh bangun dalam bisnes saya mesti teruskan dalam berbisnes .
- Asas utama berniaga adalah menjual .
- Rezeki dari Allah SWT , mohon dari Allah SWT .